Dah raya? Aik...aku sempat pos 1 entry jer pasal puasa dah raya dah. Sejak duduk rumah baru, tetiba je rase tak puas berpuasa di suasana rumah baru. Ecececece...maklum la aku berjaya pujuk en.Fad belikan oven untuk h menjayakan rancangan memasak aku (takde la rancangan telebisen macam chef wan, penonton aku Faiq dengan Haikal jela. Tapi mementang la dapur okey,sume okey,mule la fikiranku menggatal nak cari resepi memasak. Kunun istri mithali...hehe...gian memasak la skarang. Dalam duk puasa, before raya dapat la cuti awal. Maka bermula proses mencuba resepi nan indah. Aku mulakan dengan memasak chocolate cookies yang resepinye aku dapat kat blog (tak ingat link dah.apapun trime kasih kak.resepimu sgt sedap). Trime kasih juge kt en.Fad sebab belikan mixer untuk buat kek tu 4 tahun yg lalu...aku ulang suara... EMPAT tahun yg laluuuu....lame tuuu...msih dlm plastik lagi haaa macam baru beli semalam. Adapun, tujuan hamba teriba bercita-cita nak bakar cookies ni kerana dah sakit telinga kene bebel oleh en.Fad sebab tak menggunakn mixer yang dia beli (bukan salah aku,salah dia jugak sebab 4 tahun dulu masa aku buat biskut raya dia cakap tak sedap and bantat.memang pn...hehe...masuk dalam oven nyorok...).
Maka bermula juge la kisah men-try resepi roti jala dan kari ayam. Tapi kat kampung di pagi raya di rumah mertua,aku masak roti jalan dwi-warna yg dimakan bersama kuzi ayam...hmmm walaupun first time masak kuzi ayam tapi menjadiii...(sengih sampai tlinga)..and masak nasik arab dimakan bersama kurma he zayam dan coleslaw...fuhhh mmg sgt penat masak. Timbul plak isu di pagi raya abah aku canang satu kampung kat rumah buat nasik arab. Padahal aku beraya kat rumah mertua pagi tu. kecewa melihat orang2 kampung yang takdapat makan nasik arab. Lalu pada hari raya ketiga dengan penuh perasaan aku masak juge utk abah n adik bradik...
Crite,crite,crite...lupe nak cakap "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat semua ummat Islam. Sedih dan sayu rasanya meninggalkn Ramadhan.bulan puasa penuh barakah dan keindahan yang tak tergambar.rasa macam kalau puasa lagi barang dua tiga bulan pun sanggup asalkn dapat mengetahui yang pintu2 neraka tertutup dan semua pintu syurga terbuka...semoga bertemu lagi tahun depan. Aku nak mintak maaf kalau ada salah dan silap untuk org3 yang kenal aku.kot2 mulut terlepas cakap,hati tak prasan.
Okeh panjang celoteh,seperti yang dijanjikan, nak crite sikit la pasal kos pembuatan dan segala bentuk pemasangan perkakas rumah. Tak sangka ada juge pembaca blog sepiku ini yang berminat nak tau. Trime kasih atas pertanyaan tu. nanti kalau encik dah pindah rumah, jangan lupa jemput saya ye...hehe...
Kos-kos Naik Rumah Baru
1) pagar keliling rumah RM14k (tapi aku taknak recommend contractor ni sebab dia kawan laki aku n ade sdikit isu tentang kelambatan kerja beliau n suke mintak duit cepat.)
2) porch (aku buat design skit kt tenfah) RM3k
3) dapur (sebab menggeletis nak buat jenis material arcrylic -two thumbs up utk A-craft) RM14k termasuk hook and hob.
4) lampu2 aku guna downlight sebanyak 39 bijik utk tingkat ats bawah.beli sendiri di Focus Lighting. Hrga sebijik downlight bulat RM10 kalau Segiempat RM20-30 bergantug pada design. Jangan lupa beli lampu porch, lampu pagar, lampu taman, and aku juga letak 2 emergency light (1 kt livig hall ats, 1 living hall bwh).time letrik takde confirm nyala dgn terang.pernah terjadi blackout d kotasa stp tak lama. Juge lampu kt blakang dapur bagi cerah. Lampu balkoni dan lampu dinding utk hiasan juge. Herrrr...bnyknye lampu....
5) gate aku tukar buat gate baru RM5k termasuk kos membuat auto-gate. Kalau nk buat auto-gate saje kos dlm
RM1900 (motor gate dan upah).
6) kipas juga aku beli sendiri. Hega kipas bermula dr RM100-RM400 bergantung pada jenis yang korang nak.
7) upah pemasangan lampu dan kipas dalam Rm2500. Upah pemindahan aircond dr rumah lama ke rumah baru RM200.
8) water filter. Disebabkn kawasan baru and keje2 pembinaan tak siap lagi, air sangat la berklorin dan kalau mandi rasa melekit kat rambut.jadi dinasihatkan beli water filter yg pasang kt meter air tu. harga bergantung pada tempat korang belilah. Bermula dr hrga rm400 hingga la ke RM2000.
9) langsir. Aku tempah saja di Alamoda sbb aku malas, termasuk khidmat datang rumah and ukur,pemilihan kain di kedai dan sebagainye hrga langsir untuk satu rumah bleh cecah RM3000 ke RM6000 bergantung pada material dan design langsir.
10) siling kapur. Disebabkn pakai downlight kene la pakai siling kapur. Aku buat utk tingkat bwh je sbb kt ats siling asbestos mmg bleh tebuk je lubang utk letak lampu.kos RM2100 utk ruang tamu,bilik tamu, dapur dan utility room. Rujuk gmbr di bwh.
Seeloknya kalau naik rumah baru, design la dulu perabot nak letak mana, plug nak tambah brapa, lampu hiasan nak letak mana...baru la senang bile pggil contractor,diorg dh bleh ikut arahan kite je. Satu kesilapan aku lupa nak buat, sepatutnye tambah 1 plug kat luar utk aktiviti kt luar mcm nk basuh kete pkai water pump ke, macam raya ni bleh pasang lampu lip-lap ke...hhuhu...plug je kt luar,suis bukak tutup kt dalam rumah la utk mengelakkan kejadian org curi letrik kite. So korang yg bru nak naik rumah sile la suruh technician buat 1 plug kt luar rumah.
Stakat ni la dulu utk kos2.review kos taman bungaku syurgaku tu next entry lah plak ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Thanks atas idea kos masuk rumah tu. Saya juga pembeli rumah suria kota sas cuma tak sempat tengok siap dah berangkat ke uk sambung study. Agak banyak juga ya nak pakai duit masuk rumah baru nie. Kalau tak keberatan...boleh share design dalaman. Fb saya hamzah nasir. Tgh berangan nak design walau masih ada 2-3 tahun di uk nie.
ReplyDeletetq kak sbb sudi share psl kos masuk n renovate umah baru..sy pun tgh mncari jgk ni..sib baik jmpa blog ni..ade jgk idea skit2 nk provide budget...
ReplyDelete